Salam buat semua niners. 20 November ni, SDARA akan menjalankan satu mesyuarat agung tahunan yang ke 28. Mesyuarat akan dibuat selepas majlis open house YDP SDARA. Info tarikh dan tempat ada kat bawah ni:
Tarikh: 20 November 2006
Masa: 8 malam sehingga 9 malam
Tempat: Khemah khas, Residen YDP SDARA, Presint 10, Putrajaya.
Agenda mesyuarat ada kat bawah ni:
a) Ucapan YDP
b) Pengesahan minit mesyuarat yang ke 27
c) Perkara berbangkit
d) Laporan oleh Pengerusi Biro
e) Mesyuarat tamat
Aku berharap sangat korang boleh hadir mesyuarat agung SDARA kali ni. Korang turun open house YDP SDARA, pastu kita stay tunggu mesyuarat mula. Sekurang-kurangnya kalau ‘orang-orang kuat’ niners dapat pergi dengan aku, memang aku gembira lah. Boleh la jugak aku kenalkan muka baru kat member-member SDARA yang lain.